Debaran bermula

Debaran bermula

RIO DE JANEIRO, 4 Ogos – Sukan Olimpik yang paling dibelenggu krisis dalam sejarah itu dirasmikan esok dengan penganjur Rio berharap untuk menjadikannya sebagai persembahan sukan paling hebat di bumi walaupun mempunyai persediaan hambar selama tujuh tahun.

Legenda bola sepak Pele dikatakan akan menghidupkan api Olimpik di Stadium Maracana, Rio dalam majlis perasmian esok, ketika acara yang diadakan setiap empat tahun itu tiba di Amerika Selatan buat kali pertama.

Ketua–ketua Olimpik akan berharap upacara itu menandakan karnival sukan selama 17 hari, pesta drama dengan latar belakangkan keindahan semula jadi Rio.

Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt akan bersaing di bawah renungan patu Christ the Redeemer, para kelasi akan bersaing dalam bayangan Gunung Sugarloaf sementara pasir keemasan Copacabana akan menghoskan pertandingan bola tampar pantai.

pg24_160805_olympic logo

Raptai persembahan bunga api sempena pembukaan Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, esok. – AFP
Raptai persembahan bunga api sempena pembukaan Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, esok. – AFP

Namun pertunjukan sukan itu tiba selepas persediaan huru–hara yang diancam untuk meletakkan bandar raya itu untuk merawat kesukaran itu sebelum acara bermula.

Apabila Rio berjaya memenangi perebutan bagi Sukan pada 2009, Olimpik 2016 dilihat bersedia dengan dinamik kejayaan, keyakinan baru, Brazil.

Tetapi kemelesetan yang brutal, angka pengangguran tinggi, ketakutan terhadap virus bawaan nyamuk, Zika, infrastruktur yang memalukan dan krisis politik yang membawa kepada pendakwaan Presiden Dilma Rousseff semuanya memadamkan kegembiraan dalam menyambut undian kemenangan itu.

Lebih dari sejuta tiket, atau 20 peratus dari purata, termasuk acara seperti final 100 meter lelaki, masih belum terjual semalam. – AFP