Debaran Copa America

Debaran Copa America

SANTIAGO, 29 Jun (Reuters) – Hanya empat pasukan masih tinggal dalam Kejohanan Copa America dan pasukan mana sekali pun yang bakal menjulang trofi itu hujung minggu depan, satu perkara sudah pasti – jurulatih yang menang tetap seorang warga Argentina.

Dengan Brazil tersingkir mengejut dalam perlawanan suku akhir Sabtu lalu, barisan separuh akhir sudah lengkap. Tuan rumah Chile akan berdepan Peru di Santiago hari ini sebelum pasukan pilihan Argentina menentang Paraguay di bandar selatan Chile Concepcion esok.

Semua empat pasukan separuh akhir dikendalikan oleh jurulatih dari Argentina. Chile dipimpin oleh Jorge Sampaoli, Peru bersama Ricardo Gareca, Argentina bersama Gerardo Martino dan Paraguay pula di bawah kendalian Ramon Diaz.

“Ia adalah satu sumber kebahagiaan yang hebat di seluruh negara bahawa kami bukan sahaja mempunyai pemain kelas atasan tetapi jurulatih juga kelas atasan,” Diaz berkata selepas pasukannya menyingkirkan Brazil melalui penentuan penalti Sabtu lalu.

Dengan bantuan penyokong sendiri, Chile akan menjadi pasukan pilihan untuk menewaskan Peru tetapi sedikit malang kerana bek tengah mereka Gonzalo Jara terlepas baki aksi Copa selepas digantung tiga perlawanan.

Copa America 2015

Kombinasi gambar 29 Jun menunjukkan gambar fail (dari atas ikut arah jam) empat pengendali dari Argentina; jurulatih Peru Ricardo Gareca, jurulatih Chile Jorge Sampaoli, jurulatih Argentina Gerardo Martino dan jurulatih Paraguay Ramon Diaz. – AFP
Kombinasi gambar 29 Jun menunjukkan gambar fail (dari atas ikut arah jam) empat pengendali dari Argentina; jurulatih Peru Ricardo Gareca, jurulatih Chile Jorge Sampaoli, jurulatih Argentina Gerardo Martino dan jurulatih Paraguay Ramon Diaz. – AFP

Beliau menjadi tumpuan selepas insiden cuba memasukkan jarinya ke dubur Edinson Cavani dalam kemenangan suku akhir Chile ke atas Uruguay.

Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dalam satu kenyataan berkata, mereka menggantung Jara kerana berkelakuan seperti ‘tiada semangat kesukanan’. Dia turut didenda sebanyak 4,775 pound.

Keputusan itu menjadi satu tamparan hebat kepada peluang Chile untuk mengekang ‘empat pemain hebat Peru’ – penyerang Paolo Guerrero dan Claudio Pizarro dan penyerang midfield Jefferson Farfan dan Juan Vargas.

Mereka adalah pasukan yang tidak dikenali dan menjadi pesaing gelaran serius apabila Guerrero khususnya begitu bertenaga selepas menjaringkan hatrik dalam kekalahan Bolivia pada suku akhir.

Rentak Argentina nampak begitu menarik dalam perlawanan terakhir menentang Colombia tetapi sekali lagi bergelut untuk mencari sasaran walaupun mempunyai menyerang berbakat Lionel Messi, Sergio Aguero dan Angel Di Maria dalam barisan permulaan.

Akhirnya penyerang simpanan mereka Carlos Tevez yang diturunkan pada separuh masa kedua pula yang berjaya memberikan kemenangan melalui penentu penalti selepas terikat dalam masa tambahan.

Lawan mereka Paraguay mungkin pasukan yang paling tidak disangka akan beraksi di separuh akhir, walaupun mereka telah menghadapi tiga pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Amerika Selatan – Argentina, Brazil dan Uruguay – dan belum pernah kalah sehingga peringkat ini.

Perlawanan Selasa ini akan mengulangi pertembungan kumpulan mereka menentang Argentina, di mana mereka bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk selesai seri 2-2.

Tiga belas pemain pergi ke separuh akhir dengan kad kuning dan jika ada yang kena lagi, mereka akan terlepas perlawanan akhir. Mereka termasuklah Messi, rakan sepasukannya Javier Mascherano dan perancang berpengaruh Chile Jorge Valdivia.

ARTIKEL YANG SAMA