Debaran perlumbaan era baru

Debaran perlumbaan era baru

PERMAINAN video yang menampilkan aksi perlumbaan kereta realistik Gran Turismo (GT) mula diperkenalkan pada tahun 1997 dan sejak itu francaisnya telah bercambah maju ke pelbagai siri yang menarik bersama dengan rekod jualan yang melebihi 76.74 juta salinan di seantero dunia.

Kini sebagai tanda mara jauh lagi ke hadapan, Syarikat Polyphony Digital (PD) bersama Sony Interactive Entertainment (SIE) telah bersedia untuk membawakan kepada semua permainan Gran Turismo generasi baru yang seterusnya iaitu Gran Turismo Sport (GTS) khas buat pelantar PS4.

Enam judul permainan video terdahulu dikenali sebagai siri zaman pertama Gran Turismo (GT), manakala Gran Turismo Sport (GTS) diangkat selaku permainan video keluaran debut yang meraikan permulaan era baru francaisnya.

Siri utama simulasi perlumbaan kereta sebenar GT keluaran ketujuh ini merupakan julung-julung kalinya dimainkan secara eksklusif di pelantar PS4 dengan menampilkan kenderaan-kenderaan dinamik dan fizik dunia sebenar bagi pengalaman serta bimbingan pemanduan realistik untuk semua pemain di peringkat kemahiran.

Mesin tahap prolifik

Lebih 140 kenderaan Super Premium yang berprestasi tinggi daripada pelbagai keluaran jenama model kereta terdapat dalam sukan permotoran dunia sebenar semasa kini yang sedia untuk dipandu.

Aksi perlumbaan semakin bertambah hebat dengan kualiti visual yang dipertingkatkan.
Aksi perlumbaan semakin bertambah hebat dengan kualiti visual yang dipertingkatkan.

Seluruh bahagian luaran dan dalaman kereta telah direka serta diubah suai semula bagi tahap kualiti dan ketelitian yang lebih terperinci.

Kereta lumba GTS terbahagi kepada beberapa kategori berdasarkan dunia sukan permotoran yang sebenar.

Malah peraturan kenderaan sebenar juga dilaksanakan bagi modifikasi mesin-mesin pantas ini daripada kit sayap belakang, skirting sisi, spoiler depan sehinggalah aksesori, stereng dan papan pemuka.

Dari konsep jadi kenyataan ‘Vision Gran Turismo (VGT) membolehkan syarikat-syarikat penghasil automobil sedunia mencipta jentera fantasi mengancam masing-masing yang kemudiannya dihidupkan ke dalam dunia maya.

Litar pandu laju

Kini GTS bekerjasama dengan Federation International Auto-mobile (FIA), perbadanan pentadbiran rasmi sukan permotoran bagi memperakui serta menguruskan pertandingan E-sport Gran Turismo Online Championship (GTOC) secara live.

Perlumbaan juga dapat dijalankan di luar kawasan litar yang jelas cukup mencabar.
Perlumbaan juga dapat dijalankan di luar kawasan litar yang jelas cukup mencabar.

Pemain turut berpeluang untuk mendaftarkan profil di Gran Turismo Sport secara online.
Pemain turut berpeluang untuk mendaftarkan profil di Gran Turismo Sport secara online.

GTOC bakal menganjurkan dua kejohanan online secara serentak sepanjang tahun iaitu Nations Cup dan Manufacturers Cup.

GTS turut mengetengahkan tiga mod permainan iaitu Campaign, Sports dan Arcade dengan ketiga-tiganya menyediakan aksi perlumbaan secara offline serta online.

Dalam siri terbaru ini tidak memaparkan kitaran waktu dan cuaca namun pemain diberi pilihan untuk mengubah masa dan hari sebelum menyertai perlumbaan.

Pemain boleh berlumba merentas 27 litar legenda di sekitar 19 lokasi yang berbeza di seluruh dunia.

Hadapi cabaran litar bersejarah seperti Nurburgring Norschleife, Willow Springs Raceway dan Brands Hatch serta litar debut terbaru Tokyo Expressway, Dirt Course dan Northern Isle Speedway.

Di samping itu pemain juga boleh menjadi pemandu wakil negara masing-masing dalam Nations Cup atau pemandu tajaan syarikat-syarikat pengeluar kenderaan kegemaran pemain dalam Manufacturers Cup.

Pelajari etika berlumba untuk mendapatkan lesen memandu digital FIA Gran Turismo Digital License.

GTS turut serasi untuk dimainkan bersama Playstation VR yang merupakan set kepala maya di mana ia merupakan aksesori PS4.

ARTIKEL YANG SAMA