Debu gunung berapi, penerbangan terpaksa dibatalkan

Debu gunung berapi, penerbangan terpaksa dibatalkan

SYDNEY, Australia, 3 Nov (dpa) – Debu gunung berapi akibat letusan dari Gunung Rinjani di Indonesia menghentikan semua penerbangan dari Australia ke Bali hari ini, menurut satu laporan berita.

Virgin Australia dan Jetstar berkata Pusat Nasihat Debu Gunung Berapi telah mengesahkan bahawa adalah tidak selamat untuk membuat penerbangan di sekitar lapangan terbang Denpasar, ABC melaporkan.

Virgin telah membatalkan 10 penerbangan dan Jetstar enam, dan kedua-dua penerbangan berkata mereka akan membuat keputusan kemudian sama ada akan meneruskan penerbangan esok.

Ini merupakan kali ketiga dalam bulan kebelakangan penerbangan perlu dibatalkan disebabkan letusan gunung berapi di pulau lain Lombok.

Penerbangan Virgin Australia dan Jetstar terpaksa dibatalkan akibat debu tebal yang berpunca dari Gunung berapi Rinjani. – Reuters
Penerbangan Virgin Australia dan Jetstar terpaksa dibatalkan akibat debu tebal yang berpunca dari Gunung berapi Rinjani. – Reuters

Ketua agensi pengurusan bencana di Lombok, Azhar, berkata tahap amaran gunung berapi kekal di bawah takuk biasa, atau kuning, selepas letusan kelmarin.

“Kami mempunyai pelan pemindahan jika berlaku letusan besar, namun buat setakat ini tidak terdapat perubahan terhadap tahap amaran,” kata Azhar.

Dia berkata sebanyak 4,000 topeng muka telah diagih-agihkan kepada penduduk di tujuh buah kampung yang terjejas dengan abu dari gunung berapi itu.

Para penduduk telah diberi amaran untuk tidak mendekati dari zon larangan 3 km, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA