Dedah belia dengan acara keagamaan

Dedah belia dengan acara keagamaan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Kampung Katimahar hari ini mengadakan Pertandingan Azan Subuh bagi Belia-Belia Masjid Kawasan Zon 3A.

Hadir ke majlis tersebut, Pegawai Hal Ehwal Masjid Ketua Bahagian Imarah, Haji Jublee bin Haji Mega yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah di akhir majlis itu.

Kira – kira 13 orang peserta daripada 10 buah masjid menyertai pertandingan yang diadakan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-32 pada tahun ini.

Haji Jublee menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta.
Haji Jublee menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta.

Menurut kenyataan, antara tujuan majlis itu diadakan adalah bagi mengasah bakat para belia dalam mengalunkan azan Subuh dan sekali gus mendorong mereka untuk mula berjinak-jinak dengan masjid.

Majlis itu turut menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia-belia masjid dan secara tidak langsung mendedahkan para belia kepada acara keagamaan dan menjauhi daripada melakukan sebarang perkara yang tidak berfaedah.

ARTIKEL YANG SAMA