Dedah belia halusi bacaan sembahyang

Dedah belia halusi bacaan sembahyang

Oleh Syahmi Hassan

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir (Belia) Masjid Setia Ali, baru-baru ini, telah mengadakan Bengkel Bacaan dan Cara Sembahyang yang Sempurna bagi Belia-belia Masjid Kawasan Zon II A & B ke-2, yang berlangsung di Masjid Setia Ali, Pekan Muara.

Bengkel bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan lebih mendalam mengenai perkara-perkara seperti solat bagi orang yang sakit dan kurang upaya, selain itu juga bagi menghalusi bacaan dan solat yang lebih sempurna bagi para peserta yang mengikuti bengkel berkenaan.

Terdapat tiga modul dalam bengkel berkenaan iaitu Teori dan Praktikal Solat yang Sempurna bagi Orang Sakit atau Orang Kurang Upaya (OKU); Teori Menghalusi Bacaan dan Cara Solat yang Sempurna yang dibahagikan kepada lima kumpulan; dan satu lagi ialah modul Praktikal Kesempurnaan Solat.

Bengkel telah diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh selaku tetamu kehormat.