Dedah belia kepada aktiviti keagamaan

Dedah belia kepada aktiviti keagamaan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan Program Belia Bertahlil Di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam bertempat di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Belais, Mukim Bokok Daerah Temburong.

Program ini diadakan adalah untuk menggalakkan generasi belia terlibat di dalam acara-acara keagamaan terutamanya di dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Penyertaan telah disertai oleh seramai 50 orang belia yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Belia, Alumni Program Khidmat Bakti Belia, belia-belia masjid, kelab-kelab Pusat Belia dan para belia umumnya.

Bacaan Tahlil di kepalai oleh Awang Safuan bin Zolkifli, Imam Masjid Haji Abu Bakar Kampung Bokok.

Sebahagian para belia dan penghulu-penghulu mukim yang hadir.
Sebahagian para belia dan penghulu-penghulu mukim yang hadir.

Program itu juga turut diadakan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Lubok Pulau di Daerah Tutong, Tanah Perkuburan Orang Islam Batu 3 di Daerah Belait dan Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Belais di Daerah Temburong

Aturcara dimulakan dengan kempen membersihkan tanah perkuburan dan diikuti dengan membaca tahlil dan doa arwah beramai-ramai.

Hadir sama ialah penghulu-penghulu Mukim Bangar, Bokok dan Mukim Amo serta Ketua-ketua Kampung.

ARTIKEL YANG SAMA