Dedah cara cegah kebakaran

Dedah cara cegah kebakaran

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, hari ini, telah menganjurkan Taklimat dan Latihan Mencegah Kebakaran bagi 60 orang penghuni berek/flat kerajaan di bawah kawalannya di keempat-empat daerah

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Dr Hajah Mas Suriaia Wati binti Haji Abdul Hamid.

Beliau dalam ucapannya telah menasihatkan para penghuni yang hadir supaya mempelajari sedikit sebanyak tentang keselamatan dalam menghadapi situasi kebakaran rumah serta berharap taklimat dan latihan tersebut dapat memberikan pengetahuan yang lebih meluaskan tentang kebakaran bukan sahaja di berek/flat malahan di rumah persendirian.

Taklimat dan latihan berkenaan dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang diketuai oleh Pegawai Balai, Awangku Mohd Ali Rahman bin Pengiran Haji Salleh.

Dr Hajah Mas Suriaia Wati hadir selaku tetamu kehormat.
Dr Hajah Mas Suriaia Wati hadir selaku tetamu kehormat.
Awangku Mohd Ali Rahman semasa menyampaikan taklimat mengenai pencegahan kebakaran.
Awangku Mohd Ali Rahman semasa menyampaikan taklimat mengenai pencegahan kebakaran.

Para peserta yang hadir juga berpeluang mendengarkan taklimat mengenai penggunaan alat-alat pemadam api yang terdapat di berek/flat berkenaan.

Taklimat dan latihan berkenaan bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan tentang tatacara pencegahan kebakaran dan tindakan yang perlu diambil oleh penghuni-penghuni berek/flat dibawah kawalan Jabatan Ukur.

Selain itu, ia juga diadakan supaya para penghuni lebih peka dan berwaspada ketika menghadapi situasi jika kebakaran berlaku di kawasan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA