Dedah iPhone dikemaskinikan Rabu ini

Dedah iPhone dikemaskinikan Rabu ini

SAN FRANCISCO, 6 Sept (AFP) – Apple dijangka akan mendedahkan iPhone yang dikemaskinikan pada Rabu berserta dengan Apple TV yang diubahsuai yang mungkin menunjukkan desakan kepada streaming television secara online yang didominasi oleh Netflix.

Apple masih berahsia, meskipun ketika desas desus berleluasa tentang apa yang disediakan pada acara media San Francisco.

Dengan kebiasaan cara yang membingungkan, jemputan hanya menyediakan lebih sedikit dari masa dan tempat acara yang akan diadakan di auditorium luas, iaitu Auditorium Bill Graham Civic, berhampiran dewan bandar.

Sebaris ayat pada jemputan menyatakan “Hey Siri, give us a hint” yang membuatkan ramai percaya bahawa perisian bantuan alam maya Siri, yang dibina pada peranti Apple, akan membantu orang ramai mencari persembahan atau filem pada Apple TV.

Apple TV juga dipercayai mendapatkan App Store sendiri, yang akan dibukakan kepada pemaju luar yang boleh membuat permainan dan kandungan lain untuknya.

Gambar fail bertarikh 27 Januari 2015 menunjukkan para pelanggan memasuki sebuah kedai Apple di San Francisco, California. – AFP
Gambar fail bertarikh 27 Januari 2015 menunjukkan para pelanggan memasuki sebuah kedai Apple di San Francisco, California. – AFP

Generasi ketiga Apple TV diperkenalkan agak lebih tiga tahun lalu. Syarikat di California telah lama tidak mengheboh-hebohkan Apple TV sebagai ‘hobi’ selepas versi asli dikeluarkan pada tahun 2007.

“Mereka akhirnya mengunjungi semula hobi mereka, Apple TV,” kata penganalisis Forrester, Frank Gillett.

Apple mencuba idea membuat pemprograman televisyen dalam talian dalam langkah yang akan mencabar pihak berperanan yang telah maju, seperti Netflix dan Amazon Prime, menurut laporan baru-baru dalam majalah dunia hiburan, Variety.

“Wujud pergerakan pasti ke arah pengurangan langganan, dan Apple dalam kedudukan untuk melakukan itu,” kata penganalisis Gartner, Van Baker.

“Mereka mempunyai barisan kandungan premium, dengan demikian pembezaan sebenar ialah untuk membawa televisyen rangkaian kepada platform.”

“Pemprograman asal adalah satu-satunya penyelesaian kepada masalah terbesar Apple dalam dunia video: tidak sesiapa mahu menjual hak kandungan Apple,” kata penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Selepas melihat apa yang telah berlaku pada perniagaan muzik apabila Apple diberikan pengaruh, pengeluar video dan pemprograman lebih segan untuk memberikan kuasa sama kepada Apple dalam dunia rancangan TV.”

Apple menjadi satu kuasa disegani dalam jualan muzik digital disebabkan populariti peranti bergeraknya dan pembelian online iTunes.

ARTIKEL YANG SAMA