Dedah keunikan seni warisan Brunei

Dedah keunikan seni warisan Brunei

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Bazar Ekspresi Seni yang berlangsung di Dermaga Diraja di ibu negara anjuran Majlis Belia Brunei dengan kerjasama Kumpulan Putera Seni hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Menurut Setiausaha Agong Tertinggi Majlis Belia Brunei, Awang Zefri Arif, tujuan bazar ini adalah untuk mengumpulkan penggiat-penggiat seni dari pelbagai sektor yang dikaitkan dengan kesenian kebudayaan, warisan termasuklah kesusasteraan dalam bidang yang dikaitkan dengan keusahawanan.

“Dari itu kami ingin melihat industri berkenaan dapat dikembangkan dengan lebih baik dan orang ramai akan dapat memberikan apresiasi terhadap apa yang telah dilakukan oleh penggiat-penggiat seni di Negara Brunei Darussalam.”

Antara peserta yang menyertai bazar tersebut ketika melukis pemandangan Kampong Ayer.
Antara peserta yang menyertai bazar tersebut ketika melukis pemandangan Kampong Ayer.
Antara belia yang menyertai bazar berkenaan.
Antara belia yang menyertai bazar berkenaan.

Bazar ini juga, jelasnya lagi, merupakan platform baru yang dihasratkan dapat menggerakkan dan memberikan ruang kepada setiap penggiat seni Brunei untuk menampilkan, mendedahkan dan juga mempamerkan ataupun menjual seni produk mereka kepada orang ramai.

“Bazar ini juga adalah untuk mencari tapak kepada kegiatan seni secara tetap dan program yang dibuat dalam ‘Bandarku Ceria’ merupakan satu wadah yang cukup baik, cukup bagus untuk menampilkan kerja-kerja atau produk seni hasil tempatan dan pada masa yang sama dapat memberikan maklumat kebudayaan, warisan dan kesenian Brunei kepada orang ramai,” tambahnya lagi kepada Media Permata.

ARTIKEL YANG SAMA