Dedah para guru penggunaan Braille

Dedah para guru penggunaan Braille

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Dengan hasrat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam penggunaan Braille, seramai 12 orang guru dari Sekolah Rendah Rimba 1, mengikuti kursus Braille yang diadakan di Unit Pendidikan Khas, baru-baru ini.

Semasa kursus seminggu itu, para guru telah diberikan pendedahan dan pendekatan dalam sama-sama membantu para murid yang kurang upaya serta untuk memudahkan para guru yang terlibat dalam menangani dan membantu mereka dalam kelas inklusif.

Dengan penyertaan mereka dalam kursus berkenaan, para guru akan dapat menggunakan sebaik-baiknya ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh daripada para fasilitator kursus serta untuk menggunakannya setiap hari supaya kemahiran yang telah diperoleh akan kekal dan terus dipraktikkan.

Antara guru yang menyertai kursus Braille tersebut.
Antara guru yang menyertai kursus Braille tersebut.
Gambar ramai para peserta semasa kursus tersebut.
Gambar ramai para peserta semasa kursus tersebut.