Dedah pelajar aktiviti keagamaan

Dedah pelajar aktiviti keagamaan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Nov – Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2016, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang telah mengadakan beberapa peraduan di masjid berkenaan, baru-baru ini.

Antara peraduan yang diadakan ialah peraduan mewarna, tulisan jawi dan menghafaz ayat-ayat lazim yang menyasarkan kepada para murid kelas Al-Quran dan Muqaddam di masjid berkenaan.

Johan bagi peraduan tulisan jawi tersebut ialah Awang Syami bin Azahari dan Dayang Nooratikah Dyana binti Daud. Manakala johan bagi peraduan mewarna pula dimenangi oleh Awangku Mohd Dinie Ishamuddin bin Pengiran Ahmad Mujahid dan Dayang Nursabrina binti Abdul Rahim. Sementara itu Awang Amir Jazli bin Azlan dan Dayang Nursiti Aisyah binti Haji Omar, masing-masing memenangi bagi peraduan menghafaz ayat-ayat lazim.

Salah seorang murid yang menyertai peraduan tersebut.
Salah seorang murid yang menyertai peraduan tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah berkenaan ialah Ketua Kampung Bukit Beruang Tutong, Awang Ahmad bin Aman.

Aktiviti tersebut antara lain bertujuan bagi menyemarakkan lagi Hari Belia Kebangsaan, di samping dapat memberikan peluang kepada mereka untuk mengasah bakat masing-masing dalam peraduan yang disertai.

Selain itu, kegiatan seperti itu juga akan dapat mengisi masa murid-murid setelah mengharungi peperiksaan akhir tahun dengan mengikuti kegiatan keagamaan serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama para guru kelas Muqaddam dan Al-Quran di masjid berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA