Dedah pelajar cara urus jenazah

Dedah pelajar cara urus jenazah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Brunei IIB, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri semalam telah mengadakan majlis kongsi sama mengenai pengurusan jenazah yang melibatkan kesemua guru dan murid-murid sekolah tersebut serta beberapa orang guru jemputan dari sekolah lain.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas lagi khusus kepada murid-murid yang terlibat mengenai tatacara penyempurnaan jenazah mengikut tertibnya sebagaimana yang telah disyariatkan dalam agama Islam.

Di samping itu, ia juga memberi peluang dan pendedahan kepada murid-murid agar mereka dapat melakukan sendiri cara menguruskan jenazah dengan betul dan lebih sempurna melalui praktikal tersebut.

Aktiviti ini juga merupakan salah satu acara tahunan Unit Ko-Kurikulum dan juga Unit Amali Agama Sekolah yang diadakan sebelum cuti penggal keempat persekolahan bermula.

Murid-murid termasuk guru-guru Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Brunei IIB RPN Kampung Mentiri diberi keterangan bagaimana menguruskan jenazah.
Murid-murid termasuk guru-guru Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Brunei IIB RPN Kampung Mentiri diberi keterangan bagaimana menguruskan jenazah.

ARTIKEL YANG SAMA