Dedah pelajar pentingnya celik kewangan

Dedah pelajar pentingnya celik kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, telah meneruskan lagi taklimat celik kewangan, kali ini bagi kira-kira 800 orang pelajar Politeknik Brunei (PB) di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, sebagai sebahagian daripada minggu orientasi pelajar-pelajar baru PB.

Taklimat telah disampaikan oleh Perancang Kewangan Islam BIBD, Dayang Ros Zatul-Iffah binti Haji Awang Asli.

Menurut BIBD, taklimat berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesedaran dan manfaat pengurusan kewangan yang lebih baik, pada masa yang sama menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran celik kewangan di negara ini.

Antara pelajar Politeknik Brunei semasa menghadiri taklimat celik kewangan di Pusat Persidangan An-tarabangsa Berakas, kelmarin.
Antara pelajar Politeknik Brunei semasa menghadiri taklimat celik kewangan di Pusat Persidangan An-tarabangsa Berakas, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA