Dedah pelajar Skim Aktiviti Tunas Puteri

Dedah pelajar Skim Aktiviti Tunas Puteri

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 April – Seramai 24 orang ahli Pek Tunas Puteri Sekolah Rendah (SR) Danau bersama empat orang ahli Pandu Puteri Sekolah Menengah Tanjong Maya telah menyertai aktiviti Sehari Bersama Tunas Puteri yang berlangsung selama dua hari, hingga kelmarin, di SR Danau, Tutong.

Turut hadir menyaksikan aktiviti tersebut ialah Pesuruhjaya Ranjer Puteri Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), Hajah Ostinah binti Haji Othman bersama guru-guru selaku pemimpin dewasa SR Danau.

Beberapa aktiviti telah dijalankan termasuk Ice Breaking, Kim’s Game, membuat sandwic, menyanyi, kraf tangan membuat bunga plastik, sukan mini, senamrobik, ikatan, dan juga menjalankan aktiviti global iaitu Global Goal Card 10millions Voices.Tujuannya adalah sebagai aktiviti tahunan Pek Tunas Puteri cawangan Daerah Tutong, di samping mendedahkan murid-murid kepada Skim Aktiviti Tunas Puteri agar mereka tahu tentang pelbagai aktiviti di dalamnya.

Semasa aktiviti sehari bersama pandu puteri yang dijalankan di Sekolah Rendah Danau, Tutong.
Semasa aktiviti sehari bersama pandu puteri yang dijalankan di Sekolah Rendah Danau, Tutong.

Selain itu, aktiviti tersebut dapat mendorong dan menggalakkan murid-murid mempunyai sikap ketahanan diri, keberanian, berdikari, sentiasa menolong orang, kreatif, berinteraksi dengan kawan-kawan, mempunyai kepimpinan dan sentiasa mengerjakan amal ibadat solat mengikut masanya.

ARTIKEL YANG SAMA