Dedah pelajar SMALHB cara pengurusan jenazah

Dedah pelajar SMALHB cara pengurusan jenazah

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Bagi memberikan pendedahan cara pengurusan jenazah secara teori dan praktikal kepada para pelajar Pra U1, Unit Rohani dan Jabatan Al-Quran, Hadith dan Amali Ibadat Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) baru-baru ini telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program pengurusan jenazah melalui bimbingan fasilitator yang berpengalaman.

Empat orang fasilitator dari Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Bahagian Unit Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah dijemput bagi mengendalikan program tersebut yang bertempat di Surau At-Taqwa dan Dewan Al-Azkiyaa sekolah berkenaan.

Ia diadakan untuk mengembangkan pengetahuan teori dan kemahiran cara-cara pengurusan jenazah dalam kalangan pelajar.

Beberapa fasilitator dari Jabatan Hal Ehwal Masjid ketika memberikan penerangan mengenai pengurusan jenazah kepada para pelajar.
Beberapa fasilitator dari Jabatan Hal Ehwal Masjid ketika memberikan penerangan mengenai pengurusan jenazah kepada para pelajar.

Para pelajar juga dapat mempersiapkan diri untuk mengambil alih tanggungjawab sosial dalam masyarakat, di samping memupuk sifat berani dalam menceburi bidang pengurusan jenazah serta meningkatkan ketakwaan dengan mengingat kematian. Pihak sekolah juga berharap program ini dapat memberi manfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat.

ARTIKEL YANG SAMA