Dedah pengertian ibadah korban sebenar

Dedah pengertian ibadah korban sebenar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Pusat Dakwah Islamiah melalui Unit Tarbiyah Mualaf, Bahagian Pembangunan Mualaf hari ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi Kelas Bimbingan Mualaf di Ruang Legar, Bangunan Nurul Huda, pusat berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Harun bin Haji Juned.

Majlis petang tadi itu turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada peserta Kelas Bimbingan Mualaf dan diteruskan lagi dengan penyerahan daging korban kepada 21 orang Mudhahhi (orang yang berkorban) dan 150 orang mualaf.

Turut menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para penerima ialah isteri kepada Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Hajah Sarimah binti Haji Abu Bakar dan Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Hajah Siti Azizah binti Haji Musa.

pg05_160915_d

Haji Harun semasa menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para penerima.
Haji Harun semasa menyempurnakan pengagihan daging korban kepada para penerima.

Pada majlis ini, tiga ekor kerbau telah ditumbangkan dan ibadah seumpama ini diadakan untuk memberi peluang kepada para mualaf untuk mempraktikkan dan menghayati ajaran agama Islam serta mendedahkan mereka kepada pengertian ibadah korban yang sebenar.

Ia juga diadakan untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah korban dan mendedahkan para mualaf tentang ajaran Islam yang menjurus kepada amal ma’ruf nahi mungkar dan memberikan mereka yang telah mengikuti Kursus Bimbingan Lanjutan II peluang untuk mempraktikkan pelajaran yang telah diajarkan khususnya mata pelajaran ibadah korban dan akikah.

ARTIKEL YANG SAMA