Dedah pengetahuan saintifik

Dedah pengetahuan saintifik

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov – Dalam memberikan pendedahan kepada murid mengenai pengetahuan saintifik, Jabatan Sains, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjemput Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) untuk mengadakan aktiviti di sekolah berkenaan, kelmarin.

Aktiviti yang berlangsung di dewan sekolah itu melibatkan murid Tahun 1 hingga 6 untuk mempelajari teknik yang menyeronokkan mengenai ilmu sains dalam aspek kehidupan seharian.

Aktiviti anjuran Bahagian Sains sekolah berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada Isnin hingga Rabu itu juga memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dan mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti pertunjukan sains, silap mata sains dan sebagainya.

Para guru, penganjur aktiviti bergambar ramai bersama wakil dari OGDC.
Para guru, penganjur aktiviti bergambar ramai bersama wakil dari OGDC.

Turut hadir pada akhir aktiviti itu ialah Pemangku Guru Besar sekolah berkenaan, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali yang seterusnya menyampaikan cenderhati kepada wakli dari OGDC.

Bahagian Sains sekolah berkenaan akan mengadakan akviti seterusnya iaitu Hari Sains 2016 yang akan diadakan pada 15 November 2016 ini dengan mempamerkan pertunjukan binatang, rumah hantu, Magical Square, tayangan video, dan banyak lagi.

Aktiviti seumpamanya itu bertujuan bagi menambah tabung jabatan berkenaan bagi menganjurkan aktiviti yang menjurus kepada bidang sains dan peralatan sains sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA