Dedah perkembangan bidang kardiologi

Dedah perkembangan bidang kardiologi

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Mesyuarat Saintifik Tahunan Persatuan Jantung ke-2 yang dihasratkan untuk mendedahkan perkembangan terkini dalam bidang kardiologi, melabuhkan tirainya dengan pembentangan kertas kerja olah pakar-pakar kardiologi dari Brunei, Singapura dan Malaysia yang berlangsung di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun , Gadong, hari ini.

Pada hari terakhir mesyuarat selama tiga hari itu, sebanyak 11 kertas kerja dibentangkan dengan yang pertama dibentangkan oleh Konsultan Pakar Kardiologi dari Institut Jantung Negara Malaysia, Dr Al Fazir Omar yang membentangkan kertas kerja bertajuk Acute Coronary Syndromes.

Mesyuarat tersebut juga diadakan untuk meningkatkan pendidikan serta latihan dalam bidang berkenaan di Negara Brunei Darussalam.

Lebih 100 orang peserta menghadiri mesyuarat berkenaan yang terdiri daripada doktor-doktor tempatan, pakar perubatan profesional dan pelajar perubatan di mana mesyuarat dihasratkan untuk memberikan pendedahan serta berkongsi perkembangan terkini dalam bidang perubatan dan pengurusan kardiologi.

Dr. Al Fazir Omar membentangkan kertas kerjanya di hari terakhir mesyuarat saintifik tahunan berkenaan.
Dr. Al Fazir Omar membentangkan kertas kerjanya di hari terakhir mesyuarat saintifik tahunan berkenaan.
Di antara doktor dan pakar perubatan yang menghadiri hari terakhir mesyuarat saintifik tahunan itu.
Di antara doktor dan pakar perubatan yang menghadiri hari terakhir mesyuarat saintifik tahunan itu.

ARTIKEL YANG SAMA