Dedah tenaga pengajar seni bela taekwondo

Dedah tenaga pengajar seni bela taekwondo

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 30 Mei – Kursus Pengenalan Asas Taekwondo berakhir hari ini dengan majlis penutup dan penyerahan sijil kepada 20 peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Perpindahan Kampung Bukit Beruang, Tutong II.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyerahan sijil kepada peserta ialah Ketua Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong, Awang Mohamad bin Haji Mohammad Saat.

Majlis diserikan dengan persembahan taekwondo daripada peserta kursus dan Kelab Dynamic serta persembahan daripada Kumpulan ‘AND Mixed Martial Arts Academy’.

Kursus Pengenalan Asas Taekwondo bagi Guru-guru di Sekolah Rendah dan Menengah dan Maktab-maktab Brunei Darussalam ini merupakan salah satu aktiviti unit jasmani, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan bagi memperkembangkan sukan taekwondo di negara ini.

Persembahan Taekwondo menyerikan lagi Majlis Penutup Kursus Asas Taekwondo tersebut.
Persembahan Taekwondo menyerikan lagi Majlis Penutup Kursus Asas Taekwondo tersebut.
Ketua Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Ketua Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.

Kursus tersebut juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak, selain dapat membolehkan guru-guru menimba pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya.

Selain itu, kursus ini juga diadakan adalah untuk memperkenalkan dan memperkembangkan sukan seni bela taekwondo kepada guru-guru di sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di seluruh negara melalui guru-guru jasmani dan jurulatih sukan, di samping merancang program-program riadah yang sihat, bermanfaat serta selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat.