Dedahkan ‘kilang propaganda’ Kremlin

Dedahkan ‘kilang propaganda’ Kremlin

SAINT PETERSBURG, 3 Jun (AFP) – Seorang wartawan bebas Rusia yang mendakwa menjalankan pengintipan dengan bertindak sebagai penghasut internet pro kerajaan berkata beliau menyaman bekas majikannya dalam usaha untuk mendedahkan kerja tentera online Kremlin.

“Propaganda dalam internet ini sangat berbahaya,” Lyudmila Savchuk, 34 tahun memberitahu AFP semalam. “Ia mesti didedahkan.”

Savchuk telah melaporkan kes ke atas bekas majikan misterinya, Agensi Kajian Internet, di Saint Petersburg, tempat yang menurutnya beliau dan rakan sekerjanya menghabiskan hari-hari mereka memuji Presiden Vladimir Putin dan membidas musuh-musuh beliau di online.

Dia mendakwa kumpulan pekerja yang digaji tanpa mendaftarkan mereka dan berkata dia tidak dibayar gaji sepenuhnya.

“Tetapi matlamat utama kami ialah untuk menarik perhatian masyarakat kepada fenomena memalukan ini,” kata Savchuk, ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

Gambar dirakam pada 31 Mac 2015 menunjukkan Lyudmila Savchuk mengendalikan laptop ketika sesi temu ramah di Saint Petersburg. – AFP
Gambar dirakam pada 31 Mac 2015 menunjukkan Lyudmila Savchuk mengendalikan laptop ketika sesi temu ramah di Saint Petersburg. – AFP

Menurutnya, dia berharap “akan menutup kilang hasut ini dan memerangi propaganda secara keseluruhan.”

“Saya bimbangkan belia yang bekerja di sana dan menyebarkan jangkitan ini.”

Ketegangan dengan pihak Barat berhubung Ukraine dan pengambilanalihan Crimea semakin merenggangkan masyarakat Rusia, dengan kebanyakan rakyat Rusia menyokong Putin tetapi minoriti dalam pertelingkahan.

Bagi gaji sebulan 40,000 kepada 50,000 rubles pada kadar semasa, Savchuk membidas halaman ulasan laman sesawang dengan ucapan memuji orang kuat Kremlin.