Dedikasi dan komitmen Komuniti India dipuji

Dedikasi dan komitmen Komuniti India dipuji

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Naib Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari memuji dedikasi dan komitmen yang telah diberikan oleh Komuniti India di Negara Brunei Darussalam.

Menurut Tuan Yang Terutama, dedikasi dan komitmen itu bukan sahaja memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam perkhidmatan kesihatan, pendidikan, perniagaan mahupun industri profesional.

Tuan Yang Terutama menekankan perkara itu semasa majlis resepsi bersama komuniti India di Brunei Darussalam sempena lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke negara ini yang berlangsung di Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Beliau seterusnya melahirkan harapan agar kerja cemerlang itu diteruskan untuk membina hubungan yang erat di antara kedua-dua buah negara dan integrasi yang lebih besar.

Naib Presiden Republik India berserta isterinya bergambar ramai bersama  Komuniti India Negara Brunei Darussalam.
Naib Presiden Republik India berserta isterinya bergambar ramai bersama Komuniti India Negara Brunei Darussalam.
Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid  Ansari ketika menyampaikan ucapan.
Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari ketika menyampaikan ucapan.

pg09_160203_e

Selepas ucapan, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Hamid Ansari beramah mesra bersama komuniti India yang hadir dengan diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma M Mallick.

ARTIKEL YANG SAMA