Deejay kenduri kahwin kini jadi usahawan pengacaraan majlis

Deejay kenduri kahwin kini jadi usahawan pengacaraan majlis

SUNGAI PETANI, 6 Dis – Bermula sebagai deejay pada majlis kenduri kahwin dikampung, siapa sangka, Shamsul Azmi, 43, kini mampu menjadi usahawan serta membuka sebuah koperasi bagi membantu rakan-rakan.

Usahawan bidang pengacaraan majlis itu berkata Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) banyak membantu beliau sehingga membolehkan Koperasi Penyiar Awam Pulau Pinang Berhad ditubuhkan.

“Transformasi perniagaan yang saya kecapi sekarang ini adalah hasil bantuan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dalam aspekperalatan, khidmat nasihat dan latihan kepada saya sehingga mampu mewujudkan sebuah Koperasi Penyiar.

“Sebelum ini, kami yang terlibat dalam bidang pengacaraan majlis tidak pernah diiktiraf sebagai usahawan, bagaimanapun Perda telah memberi ruang dan menyediakan bajet permulaan modal kepada kami,” katanyakepada Bernama, di sini.

Menurut Shamsul, beliau mula menceburkan diri sebagai deejay kenduri kahwin sejak 20 tahun lepas, sebelum berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan di majlis korporat.

Beliau ditemui sempena Bengkel Penilaian ‘Outcome’ Usahawan Mikro anjuran Perda yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Focus GroupPembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang Muhamad Farid Saad.

Shamsul berkata menerusi koperasi itu dan khidmat Perda, mereka mampu membantu usahawan baharu dalam bidang pengacaraan majlis, dalam aspek menyediakan khidmat bantuan peralatan audio.

“Kebanyakan mereka selama ini terlibat dalam bidang pengacaraanmajlis menyewa peralatan daripada syarikat besar tetapi sekarang ini tidak perlu bergantung lagi kerana mempunyai peralatan audio sendiri.

“Jadi pendapatan yang dapat itu seratus peratus milik kami tidakperlu membayar sewa, ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan kehidupankami,” katanya mengakui lebih ramai yang telah berjaya dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, seorang usahawan membaiki telefon, Sayyid Mohd MubarakSayyidAbung Bakar, 29, berkata beliau mendapat bantuan peralatan membaiki telefon bimbit dan modal daripada Perda dan agensi kerajaan pusat.

“Kalau sebelum ini, saya terpaksa menghantar telefon bimbit pelanggankepada syarikat lain untuk dibaiki, kini kedai saya di Jalan Telaga Air. Butterworth boleh melakukannya,” katanya.  – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA