Dekatkan diri dengan Pencipta melalui zikir

Dekatkan diri dengan Pencipta melalui zikir

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis – Sebagai salah satu pendedahan bagi menanamkan rasa kecintaan hambaNya dan rindu kepada Allah Subhanahu WaTa’ala, pegawai-pegawai masjid zon 2B, hari ini, telah mengungkayahkan Program ‘Hablum Minallah’ yang berlangsung di Masjid Sungai Hanching.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya memulakan majlis dengan bacaan doa ialah Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maun.

Pada peringkat permulaan program ini diadakan, ia telah diisikan dengan bacaan Ratib Al-Attas, bertepatan dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ingin menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara Zikir.

Pengiran Haji Ali semasa menghadiri majlis tersebut.
Pengiran Haji Ali semasa menghadiri majlis tersebut.

pg04_151222_b

Antara mereka yang hadir pada majlis tersebut.
Antara mereka yang hadir pada majlis tersebut.

Program yang diadakan untuk para pegawai masjid, ahli jawatankuasa takmir masjid, kumpulan belia dan Muslimah masjid ini bertujuan untuk mengisi masa terluang para peserta dengan amalan-amalan ibadah seperti zikir dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Selain bagi mendekatkan lagi hubungan antara hamba dan penciptanya, ia juga dihasratkan dapat mengeratkan tali silaturahim sesama mereka yang terlibat dalam majlis ini.

ARTIKEL YANG SAMA