Del Bosque letak jawatan

Del Bosque letak jawatan

MADRID, 1 Julai (AP) – Vicente Del Bosque mengumukan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Sepanyol, semalam selepas lapan tahun mengemudi dan membawa pasukan itu menjulang gelaran Euro serta Piala Dunia.

Pengendali berusia 65 tahun itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk meneruskan tugas itu selepas perjalanan Sepanyol untuk mengekalkan kejuaraan, berakhir di peringkat 16 terakhir Euro 2016.

Sepanyol tewas kepada musuh tradisi Itali 2-0 di peringkat terbabit, Isnin lalu dengan kontrak Del Bosque dijadualkan berakhir, minggu depan.

Del Bosque mengumumkan peletakan jawatannya menerusi siaran radio Sepanyol.

Del Bosque mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Sepanyol. – AP
Del Bosque mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Sepanyol. – AP

Selepas menjuarai Euro 2008, Sepanyol memenangi Piala Dunia pada 2010 diikuti kemenangan berikutnya di Euro pada 2012.

Del Bosque yang menggantikan tempat dikosongkan Luis Aragones selepas menjuarai Euro 2008 adalah antara insan popular di Sepanyol apabila mengemudi negara itu menjulang Piala Dunia 2010.

Ia diikuti kejayaan mengekalkan kejuaraan Euro berturut-turut pada 2012.

Ramai mengatakan Sepanyol memerlukan perubahan dan permulaan yang segar selepas kegagalan di Piala Dunia 2014, namun del Bosque mengekalkan tugasnya sehingga ke Paris.

ARTIKEL YANG SAMA