Del Potro kejutkan Djokovic

Del Potro kejutkan Djokovic

RIO DE JANEIRO, 8 Ogos – Juan Martin del Potro mengejutkan Novak Djokovic dalam kejayaan penuh emosi di Olimpik sebentar tadi ketika usaha Venus Williams mencari emas keempat Olimpik akhirnya terhenti.

Del Potro, juara Terbuka Amerika Syarikat 2009 yang hampir bersara selepas beberapa siri kecederaan pergelangan tangan, menewaskan pilihan utama itu 7-6 (7/4), 7-6 (7/2).

Pemain tinggi lampai dari Argentina itu juga menewaskan juara 12 kali kejohanan major itu pada penentuan gangsa di Olimpik London 2012.

Del Potro, yang kini berkedudukan 145 dunia selepas berada di kedudukan keempat dunia pada 2010, berkata kemenangan itu lebih istimewa berbanding kejayaan pada 2012.

pg23_160809_olympic logo

Reaksi Juan Martin del Potro selepas meme-nangi satu mata menentang Novak Djokovic, Serbia, dalam pertandingan tenis lelaki di Sukan Olimpik  2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Ahad lalu. – AP
Reaksi Juan Martin del Potro selepas meme-nangi satu mata menentang Novak Djokovic, Serbia, dalam pertandingan tenis lelaki di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Ahad lalu. – AP

“Kejayaan ini lebih besar berbanding sebelum ini kerana saya tahu betapa sukar untuk kembali selepas tiga pembedahan,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Sementara itu, pemenang empat pingat emas, Venus Williams menamatkan perjalanan selama 16 tahun di lima Olimpik.

Williams, 36, dan adiknya Serena berdepan kekalahan pertama dalam acara beregu wanita dengan rekod 15 kemenangan berturut-turut dan emas di Sydney 2000, Beijing 2008 serta London empat tahun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA