Del Potro sudah kembali

Del Potro sudah kembali

NEW YORK, 6 Sept – Juan Martin del Potro merupakan pemain ranking terendah untuk mara ke suku akhir Terbuka AS sejak Jimmy Connors pada 1991, dan ternyata pemain Argentina berusia 27 tahun itu mengongsikan banyak persamaan dengan pemain Amerika 39 tahun.

Pada akar umbinya, kisahnya seakan sama: bekas juara membuat penampilan untuk mengejar kembali kejayaan terdahulu.

Dalam kes dep Potro, badannya telah menghampakannya akibat kecederaan, bukan kerana usia… beberapa kali menjalani pembedahan pada pergelangan tangan kiri yang menghentikannya untuk bersaing dalam kejohanan utama buat dua setengah tahun. Satu-satunya kisah yang tiada dalam cerita del Potro dalam kejohanan ini ialah perlawanan maraton.

Kemenangan awal pagi tadi sangat singkat selepas pemain pilihan kelapan Dominic Thiem terpaksa menarik diri atas kecederaan lutut. Buat pertama kali, kecederaan membantu del Potro, dan bukan menghalangnya.

Masih letih selepas kempen menakjubkan ketika memenangi pingat perak Olimpik yang menunjukkannya sebagai seorang pesaing lagi, dia memperoleh mata break besar dan hanya menghabiskan 72 minit dalam gelanggang. Del Potro hanya bermain 10 set lebih melalui pusingan keempat.

Aksi kembali Juan Martin del Potro kelihatan memberangsangkan lebih-lebih lagi apabila berjaya meraih pingat perak pada Olimpik Rio baru-baru ini. – AFP
Aksi kembali Juan Martin del Potro kelihatan memberangsangkan lebih-lebih lagi apabila berjaya meraih pingat perak pada Olimpik Rio baru-baru ini. – AFP

Thiem mengambil masa perubatan untuk memberi ruang para pelatih untuk memeriksa lutut kirinya selepas permainan kelima set kedua. Dia kembali ke gelanggang untuk memainkan satu mata sebelum membuat keputusan dia tidak dapat meneruskan permainan.

Del Potro telah memenangi set pertama 6-3 dan berada satu break pada set kedua. Dia seketika memanggil pelatih untuk mengurut bahu kanannya namun kelihatan tetap elok dalam perlawanan itu.

Thiem berkata lututnya mula berasa sakit tiga hari sebelumnya, dan dia menjangka ia secara tidak langsung disebabkan oleh lecet pada tapak kakinya.

Pada lewat set pertama awal pagi tadi, ia mula menjadi teruk. Dia tidak mahu mengambil risiko dengan kecederaan lutut dan bercadang untuk membuat pemeriksaan MRI. – AP