Del Potro tewaskan Nadal

Del Potro tewaskan Nadal

RIO DE JANEIRO, 14 Ogos – Juan Martin del Potro dari Argentina menamatkan harapan Rafael Nadal bagi gelaran perseorangan Olimpik kedua semalam dengan kemenangan epik 5-7, 6-4, 7-6 (7/5) untuk membuat persaingan bagi pingat emas menentang juara bertahan Andy Murray.

Pemain 141 dunia, Del Potro, yang kerjayanya hampir berakhir dengan beberapa siri pembedahan, mencatatkan kemenangan selepas tiga jam dan lapan minit bagi aksi di gelanggang.

Pilihan kedua, Murray mencapai persaingan akhir Olimpik kali keduanya berturut–turut dengan membenam 6-1, 6-4 Kei Nishikori dari Jepun.

Nadal, juara perseorangan 2008, memenangi bergu lelaki pada Jumaat bersama Marc Lopez tetapi beraksi bagi pertandingan ke-10 di Rio yang menentangnya.

Murray menjadi pemain pertama yang mempertahankan pingat emas perseorangan Olimpik tetapi dia perlu mengatasi juara Terbuka AS 2009, Del Potro, yang mengejutkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic pada pusingan pertama.

pg21_160815_olympic logo

Juan Martin Del Potro berpuas hati apabila kini mara ke perlawanan akhir bagi merebut pingat emas. – AP
Juan Martin Del Potro berpuas hati apabila kini mara ke perlawanan akhir bagi merebut pingat emas. – AP

“Ia begitu bermakna kepada saya. Ia begitu besar, mungkin lebih istimewa dari yang pernah saya menangi bagi Terbuka AS,” kata del Potro, 27, yang dikelilingi oleh peminat-peminat Argentina pada akhir pertandingan separuh akhir.

“Saya tidak menjangka untuk mara ke final: saya tidak menjangka akan menewaskan Djokovic. Ia begitu menarik bagi saya.”

Dalam persaingan separuh akhir, Nadal menyelamatkan lapan break point pada set terakhir sebelum Del Potro melalui tiebreak.

Nadal menyelamatkan mata penamat tetapi nasibnya diakhiri apabila membuat pukulan forehand yang tinggi melepasi gelanggang.

“Saya mencuba yang terbaik. Ia adalah pertandingan hebat, penuh dengan emosi dan bermain pada tahap tinggi,” kata Nadal yang beraksi dalam pertandingan pertamanya sejak Mei apabila kecederaan pergelangan memaksanya membuat pengunduran lebih awal dari Terbuka Perancis.

“Saya berpuas hati. Saya melakukan yang terbaik. Saya berjuang dan dengan semangat tinggi. Selepas dua setengah bulan tanpa beraksi, saya mampu bersaing menentang sebahagian pemain terbaik dunia.” – AFP