Del Potro yakin cergas untuk final Piala Davis

Del Potro yakin cergas untuk final Piala Davis

BUENOS AIRES, 21 Sept – Juan Martin del Potro yang dibelenggu kecederaan semalam berkata dia menjangka akan kembali cergas bagi persaingan “impian” Piala Davis Argentina pada November selepas kemenangan ke atas Great Britain.

Argentina adalah finalis bagi empat kali dalam tempoh 10 tahun dan akan berusaha untuk memenangi Piala Davis pertama mereka apabila mereka membuat kunjungan ke Croatia dari 25 sehingga 27 November.

“Kami mampu untuk memenuhi impian untuk layak ke final,” kata del Potro, pemain rangking 64 dunia yang masih merasakan aksi kembalinya selepas kecederaan pergelangan yang hampir-hampir membawa persaraan.

“Kami mempunyai kumpulan yang bersatu, kami banyak berbincang. Ia sempurna bagi kami,” tambah pemain yang berusia 27 tahun itu dalam ketibaannya kembali di Buenos Aires, yang berkata “Saya mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia.

Martin del Potro (kanan) ketika beraksi pada separuh akhir Piala Davis baru-baru ini. – AP
Martin del Potro (kanan) ketika beraksi pada separuh akhir Piala Davis baru-baru ini. – AP

“Sekarang sudah tiba masanya untuk berehat dan mendapatkan ujian perubatan. Saya masih tidak berada dalam tahap terbaik saya, walaupun jika bulan lalu adalah sebahagian masa terbaik dalam kerjaya saya.”

Argentina yang penguasaan Piala Davis diketuai oleh del Potro menewaskan Great Britain 3-2 di Glasgow pada hujung minggu, sementara pemain dari Croatia itu menempah tempat dalam persaingan itu dengan kemenangan 3-2 ke atas Perancis.

Kejayaan bagi Argentina itu akan memastikan aksi kembali bagi del Potro, yang memenangi pingat perak di Olimpik Rio selepas tewas kepada Andy Murray tetapi berjaya membalas dendam pada Jumaat lalu apabila menewaskan pemain dari Scotland itu dalam tempoh lima jam. – AFP