Delegasi Amerika Syarikat kunjungi UNISSA

Delegasi Amerika Syarikat kunjungi UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sebagai salah satu pusat pengajian Islam di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah menerima kunjungan delegasi dari Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan UNISSA, delegasi berkenaan diketuai oleh Pengarah Pejabat Kebebasan Beragama Antarabangsa, Daniel Nadel dan diiringi oleh Pegawai Politik, Ekonomi dan Konsuler, Kedutaan AS di Negara Brunei Darussalam, Allison M. Carragher.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kursus-kursus pengajian yang ditawarkan oleh pihak UNISSA dan kelayakan bagi warga antarabangsa dalam mengikuti kursus berkenaan. Kunjungan ini juga bagi memberi pendedahan dan pemahaman tentang kehidupan beragama masyarakat Brunei yang hidup dalam keadaan harmoni dan aman.

Perjumpaan berkenaan telah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin yang seterusnya memberikan penerangan mengenai sejarah perkembangan Islam di Negara Brunei Darussalam sehingga tertubuhnya UNISSA. Turut hadir ialah pengarah perhubungan awam dan antarabangsa serta beberapa orang pensyarah UNISSA.

Gambar ramai delegasi UK bersama warga UNISSA.
Gambar ramai delegasi UK bersama warga UNISSA.

ARTIKEL YANG SAMA