Delegasi Australia ke Malaysia, Singapura

Delegasi Australia ke Malaysia, Singapura

MELBOURNE, 16 Ogos (Bernama) – Ketua Menteri Australia Selatan, Jay Weatherill mengetuai misi perdagangan, yang terdiri daripada kira-kira 50 ahli perniagaan, ke Malaysia, Singapura dan Vietnam hari ini bagi meningkatkan perdagangan dan pelaburan.

Misi perdagangan itu akan memberi tumpuan kepada sektor makanan, perniagaan tani; pertahanan, aero-angkasa, elektronik dan pembuatan termaju; bandar selesa didiami, kesihatan dan penjagaan orang tua serta pelancongan, seni dan pendidikan.

Weatherill berkata Asia Tenggara adalah rantau yang berkembang pesat dan sudah membuktikan dapat menjadi pasaran yang kukuh untuk sektor perkhidmatan dan pertanian Australia Selatan.

“Australia kini dalam bahagian dunia dengan ekonomi berkembang paling pantas, dan jadi apa yang perlu kami lakukan ialah memperbaiki hubungan untuk mengembangkan pelaburan dan perdagangan dua hala,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA