Delegasi Iran bertemu Saudi berhubung haji

Delegasi Iran bertemu Saudi berhubung haji

TEHRAN, 7 April (AFP) – Satu delegasi Iran akan bertemu para pegawai Saudi minggu depan untuk membincangkan pengaturan bagi menunaikan haji tahun ini, dialog pertama antara kuasa-kuasa pesaing sejak krisis diplomatik yang meletus pada Januari.

Riyadh telah memutuskan hubungan diplomatik bersama Iran pada 3 Januari, sehari selepas misinya dan Mashhad di Tehran diserbu dan dibakar oleh perusuh berikutan penghukuman mati ulama Syiah yang terkenal di kerajaan Ahli Sunah itu.

Walaupun Iran dan Arab Saudi menentang konflik di Syria dan Yaman namun kematian ribuan jemaah, termasuk 464 warga Iran, dalam rempuhan manusia semasa tahun haji lepas di Arab Saudi juga mencetuskan ketegangan besar.

ARTIKEL YANG SAMA