Delegasi negara sertai Explore Quest M’sia

Delegasi negara sertai Explore Quest M’sia

Oleh Anwar Rosly

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Delegasi seramai enam orang yang terdiri daripada dua wakil media dari Media Permata dan Borneo Bulletin, dua dari agensi pelancongan dan dua lagi artis tempatan, berlepas ke Malaysia bagi menyertai acara ASEAN Celebrity Explore Quest Malaysia 2015.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada delegasi negara ialah Pengarah Tourism Malaysia bagi cawangan Brunei, Dayang Zurina binti Abdul Samad.

Pelancaran acara berkenaan akan diadakan esok di Sunway Lagoon Theme Park yang dijangka disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah bagi Bahagian Promosi Pelancongan Malaysia Datuk Haji Azizan bin Noordin.

Kakitangan Tourism Malaysia bersama delegasi Brunei yang berlepas bagi menyertai acara ASEAN Celebrity Explore Quest Malaysia 2015.
Kakitangan Tourism Malaysia bersama delegasi Brunei yang berlepas bagi menyertai acara ASEAN Celebrity Explore Quest Malaysia 2015.

Sepanjang acara berkenaan yang berlangsung sehingga 21 November, delegasi dari negara-negara ASEAN termasuk Brunei Darussalam akan berkunjung ke tempat-tempat menarik seperti Sunway Lagoon Theme Park di Kuala Lumpur, River Bug, Gopeng di Perak dan MARDI Agrotechnology Park di Langkawi, Kedah.

Acara penjelajahan ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan tujuan untuk menggalakkan para pelancong menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai destinasi percutian utama mereka.

ARTIKEL YANG SAMA