Delegasi NIDS lawat Kementerian Pertahanan

Delegasi NIDS lawat Kementerian Pertahanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Satu delegasi dari Institut Pengajian Pertahanan Kebangsaan (NIDS), Jepun kini sedang berada di Brunei bagi lawatan sambil belajar selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Hari ini, mereka telah membuat lawatan ke Kementerian Pertahanan di mana ketua delegasi Kapten Tetsuo Ando dan delegasinya telah diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan kementerian tersebut dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Selain itu, mereka juga mempelajari dasar-dasar pertahanan Brunei Darussalam, Akademi Pertahanan serta gambaran persekitaran keselamatan serantau.

Dalam pada itu, perwakilan dari NIDS juga membuat pembentangan mengenai cabaran-cabaran keselamatan yang dihadapi Jepun dan rantau ini.

Delegasi dari NIDS bergambar ramai bersama Puan Yang Terutama Noriko Iki.
Delegasi dari NIDS bergambar ramai bersama Puan Yang Terutama Noriko Iki.
Delegasi turut membuat lawatan ke Muzium ABDB di Bolkiah Garrison.
Delegasi turut membuat lawatan ke Muzium ABDB di Bolkiah Garrison.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun di Brunei Darussalam, ini merupakan kali pertama NIDS mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan dan memberi peluang kepada kedua-dua buah institusi untuk bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama pertahanan dan persekitaran keselamatan serantau.

Delegasi berkenaan juga telah membuat lawatan ke Muzium ABDB di Bolkiah Garrison, dan kemudian membuat kunjungan hormat kepada Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki di Kedutaan Jepun.

Di samping itu, delegasi tersebut turut mengukuhkan hubungan mereka dengan pegawai-pegawai di Kementerian Pertahanan dan atase dari kor diplomatik di kediaman duta berkenaan.

 

ARTIKEL YANG SAMA