Delegasi Ningxia kunjungi KHEU

Delegasi Ningxia kunjungi KHEU

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, kelmarin, telah menerima kunjungan muhibah delegasi dari Wilayah Autonomi Ningxia Hui, China.

Delegasi seramai enam orang itu, yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Ningxia, Li Nianping, berada di negara ini bagi rangka lawatan selama tiga hari.

Hadir sama di majlis yang berlangsung di Bilik Dhiyafah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu ialah Duta Besar Republik Rakyat China ke Brunei, Puan Yang Terutama Yang Jian, Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohammad Yussof dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan.

Kunjungan menandakan wujudnya persefahaman dan kerjasama erat di antara kedua-dua belah pihak dan merupakan satu peluang dalam mengukuhkan lagi hubungan kerjasama kedua-dua buah negara terutama dalam industri pemakanan dan persijilan halal.

pg02_150629_a

ARTIKEL YANG SAMA