Delegasi PERGAS lawat UNISSA

Delegasi PERGAS lawat UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Delegasi Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS) semalam telah mengadakan kunjungan ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Delegasi terdiri daripada tiga orang pegawai PERGAS itu diketuai oleh Presidennya, Mohammad Hasbin bin Hassan.

Lawatan bertujuan untuk meninjau peluang kerjasama dan perbincangan dengan UNISSA dalam bidang pendidikan.

Delegasi dialu-alukan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad. Turut hadir ialah Penolong Rektor, Dr Arman bin Haji Asmad dan beberapa orang pegawai UNISSA.

Delegasi PERGAS bergambar ramai dengan warga UNISSA.
Delegasi PERGAS bergambar ramai dengan warga UNISSA.

ARTIKEL YANG SAMA