Delegasi Pustaka Thailand kunjungi DBP

Delegasi Pustaka Thailand kunjungi DBP

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Rombongan seramai 15 orang dari Persatuan Pustaka Thailand, telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara, di sini, hari ini.

Dalam lawatan berkenaan, rombongan telah diberikan penerangan ringkas mengenai peranan, fungsi dan visi DBP.

Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa bahagian untuk meninjau lebih dekat kemudahan yang disediakan di sini termasuk ke ruangan ASEAN.

Delegasi dari Persatuan Pustaka Thailand ketika mengadakan lawatan ke ruangan ASEAN di DBP.
Delegasi dari Persatuan Pustaka Thailand ketika mengadakan lawatan ke ruangan ASEAN di DBP.

Tujuan lawatan mereka ke Brunei adalah untuk mengetahui bagaimana kerja-kerja perpustakaan dilaksanakan di negara ini termasuk perkhidmatan dan penyebaran bahasa kepada masyarakat.

Dalam pada itu, mereka juga akan mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah untuk mengetahui sistem perpustakaan dan pendidikan di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA