Delegasi Singapura lawat Pusat Al-Islah

Delegasi Singapura lawat Pusat Al-Islah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 10 Mei – Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura, Leo Yip bersama delegasi republik Singapura petang tadi telah mengadakan lawatan ke Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik.

Ketibaan mereka dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Biro Kawalan Narkotik, Haji Mohd Jaffari bin Haji Mahadi.

Lawatan anjuran Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura itu merupakan salah satu program aktiviti Mesyuarat Dua Hala antara Brunei Darussalam dan Republik Singapura kali kedua yang bermula 9 Mei hingga 11 Mei ini.

Semasa kunjungan itu, Leo Yip dan delegasi turut mendengar taklimat mengenai pentadbiran, pengurusan, kemudahan, peranan dan tanggungjawab pusat tersebut, struktur organisasi dan beberapa program pemulihan yang ditawarkan oleh pusat berkenaan.

Leo Yip berkesempatan menyaksikan lebih dekat kemudahan dan program pemulihan di pusat berkenaan.
Leo Yip berkesempatan menyaksikan lebih dekat kemudahan dan program pemulihan di pusat berkenaan.

Selain itu, delegasi juga mengunjungi beberapa buah tempat di pusat tersebut yang memberi peluang kepada mereka untuk melihat dengan lebih dekat aspek-aspek tertentu yang telah diungkayahkan dan dilaksanakan di pusat berkenaan.

Pusat Al-Islah merupakan sebuah pusat pemulihan yang menggunakan kaedah terapi secara bersistematik iaitu melalui kaunseling, latihan vokasional dan membawa bersama keluarga dan masyarakat untuk memberikan sokongan kepada penghuni pusat tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA