Delegasi Thailand kunjungi Kg Ayer

Delegasi Thailand kunjungi Kg Ayer

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Delegasi seramai enam orang dari BNH Medical Centre Limited Thailand yang dalam rangka lawatan kerja ke negara ini dari 29 Ogos hingga 1 September 2016, hari ini berpeluang mengadakan lawatan ke Kampong Ayer.

Dalam lawatan ke tempat menarik di negara ini, delegasi dari Thailand yang diiringi oleh pegawai pengiring dari Kementerian Kesihatan itu berpeluang mengadakan lawatan ke kediaman Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mukti bin Haji Mohd Salleh.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Pengarah Haji Mukti sendiri, di mana dalam kunjungan itu mereka juga berpeluang menikmati kuih-muih tradisional buatan penduduk kampung, seterusnya melihat lebih dekat lagi persembahan mukun dan menganyam tudung dulang.

Delegasi dari Thailand ikut serta dalam acara bermukun.
Delegasi dari Thailand ikut serta dalam acara bermukun.
Salah seorang penduduk kampung menghias tudung dulang dengan manik supaya lebih menarik.
Salah seorang penduduk kampung menghias tudung dulang dengan manik supaya lebih menarik.

Pengarah Haji Mukti ketika ditemui berkata, kunjungan pelancong dari luar negara yang datang ke kampung berkenaan sejak lapan tahun lalu adalah menggalakkan di mana semasa berkunjung, pelancong berpeluang melihat lebih dekat lagi kehidupan masyarakat di Kampong Ayer.

Beliau menjelaskan, jika budaya dan adat yang terdapat di Kampong Ayer ini ditinggalkan, majlis yang biasa diamalkan akan perlahan-lahan hilang, keunikan dan keindahan sejarah pastinya tidak akan diketahui oleh generasi akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA