Delhi mencuba cara baru memerangi asap

KEGELISAHAN politik ke atas cuaca beracun di ibu negara India telah menyebabkan banyak penduduk tempatan seperti salah seorang pengusaha, Kamal Meattle untuk mengambil iktibar menangani masalah itu sendiri dengan menjadikan suasana dalam bangunan mereka segar seperti berada di sebuah kawasan pergunungan Alpen, Swiss.

Dari luar, Pusat Perniagaan Paharpur kelihatan seperti sebuah blok pejabat moden namun di dalamnya seperti di dalam sebuah taman yang dipenuhi sekitar 7,000 pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

Bangunan rumah hijau dengan rumput tiruan itu menempatkan sistem ‘Mencuci Udara’ yang mengambil udara dari luar melalui satu siri penapisan yang kering. Ia kemudian menolak masuk udara segar di mana tumbuhan-tumbuhan hijau akan membuang segala bentuk bakteria, kulat, karbon dioksida dan bahan-bahan toksin yang lain sebelum alat penghawa dingin mengepam kembali udara yang bersih di semua kawasan bangunan itu.

“Suasana di sini seperti bekerja di Gulmarg, Kashmir atau Davos, Switzerland di bangunan ini malah anda seolah-olah duduk di dalam sebuah tangki udara,” kata Kamal Meattle kepada wartawan media. Menurut sistem pemantauan udara di bangunan Paharpur, udara di luar masih berbahaya dan lebih daripada 16 kali melepasi batas keselamatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Saya mahukan penyelesaian”

Graduan dan pemegang amanah Institut Teknologi Massachusetts di Pro Reality Climate Al Gore, Kamal Meattle mula berfikir tentang satu projek pejabat yang bersih pada tahun lalu ketika dia menolak nasihat doktor untuk beralih dari modal tercemar untuk menjaga tahap kesihatannya.

Dari luar, Pusat Perniagaan Paharpur kelihatan seperti sebuah blok pejabat moden namun di dalamnya seperti di dalam sebuah taman yang dipenuhi sekitar 7,000 pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. – AFP

Bangunan itu terkenal kerana penyewa-penyewa hebat antarabangsa seperti Amazon, Samsung dan juga Microsoft, pada hari ini, bangunan itu merupakan sebuah bangunan diiktiraf paling sihat sekali di bandar New Delhi oleh kerajaan India. Kamal Meattle mengatakan bahawa para pekerja di sana mendapat manfaat daripada peningkatan tahap oksigen darah, fungsi otak yang lebih baik dan kes-kes asma serta kerengsaan mata yang lebih sedikit.

New Delhi sentiasa terhimpit setiap kali musim sejuk disebabkan oleh perangkap udara sejuk yang bercampur dengan bahan udara toksik daripada pembakaran tanaman, ekzos kereta, kebakaran terbuka, habuk pembinaan dan asap daripada industri-industri. Bandaraya itu telah melalui cuaca yang sangat teruk musim ini dan beberapa langkah telah dilaksanakan seperti menghentikan kilang-kilang dan menyekat penggunaan kereta namun masih gagal untuk memberikan impak yang berkesan kepada penduduk.

Pada bulan November yang lalu, para doktor telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam dan sekolah-sekolah telah ditutup di ibu negara. Asap dari penjana sandaran merupakan bahan utama gabungan bahan beracun yang berisiko namun sebuah syarikat telah berjaya mengubahnya menjadi dakwat dan cat dengan teknologi yang boleh menangkap sehingga 90 peratus bahan tercemar yang berbahaya.

Chakr Inovasi, yang mana telah dimulakan oleh graduan dari Institut Teknologi India, telah memanfaatkan mesin-mesin ini yang boleh diperolehi di seluruh bandar itu.

Hitam adalah hijau baru

Perisai Chakr telah dipasang dan dimasukkan dalam penjana generator serta menukarkan karbon bersama bahan-bahan yang lain termasuk spesimen PM0.3 dan PM2.5 yang paling berbahaya, ke dalam jeli cecair melalui proses kimia dan pertukaran haba.

Dhupar berkata bahawa dalam tempoh 18 bulan, mesin itu telah berjaya mengumpulkan udara karbon yang mana telah berpotensi untuk mencemarkan sekurang-kurangnya 1.5 bilion liter udara. – AFP

Karbon yang ditangkap akan dibersihkan dengan pelarut dan diproses menjadi pigmen dan cat dakwat. “Apa yang menjadi bahan buangan nanti akan diperangkap dan dicipta semula untuk digunakan sebagai bahan mentah lagi,” kata pengasas bersama Arpit Dhupar, memakai baju T-Shirt yang mengatakan ‘Hitam adalah hijau baru’.

Dhupar diilhamkan ketika melihat penjana diesel yang beroperasi di tepi jalan dan digunakan oleh penjual gerai jus tebu dan menjadikan dinding di belakang penjana itu menjadi hitam.

Chakr telah memasang mesin itu di 18 buah pejabat di New Delhi dan dianggarkan sekitar 30 buah syarikat yang lain telah mendaftar untuk memiliki teknologi itu, termasuk pengeluar gergasi AS, Dell Computers, yang akan menggunakan dakwat Chakr untuk mencetak pada papan tandanya.

Dhupar berkata bahawa dalam tempoh 18 bulan, mesin itu telah berjaya mengumpulkan udara karbon yang mana telah berpotensi untuk mencemarkan sekurang-kurangnya 1.5 bilion liter udara. “Kami telah kehabisan udara bersih dan kesukaran untuk bernafas di Delhi serta tujuan muktamad kami adalah untuk menjadikan akses kepada udara bersih lebih terjamin,” tambah Dhupar lagi kepada media.

Pasukan Polo dan Riding Club baru-baru ini memutuskan bahawa kuda yang digunakan oleh pasukan polo Tentera Delhi mesti dibenarkan dua kali lebih banyak rehat untuk mengurangkan tekanan fizikal ketika beraksi di padang perlawanan. “Dengan kadar pencemaran udara yang melanda New Delhi ketika ini, kami fikir ia akan menimbulkan banyak masalah. Semakin lama kuda beraksi, keletihannya akan lebih tinggi,” kata ketua eksekutif kelab, Kolonel Ravi Rathore mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP