Delhi semakin parah diancam haba panas

Delhi semakin parah diancam haba panas

NEW DELHI, 29 Mac (Bernama) – Penduduk Delhi kini bukan sahaja berdepan dengan masalah gelombang haba yang sangat panas, mereka juga terpaksa menghirup udara dengan indeks kualiti (AQI) yang sangat parah dengan bacaan 219 pada Rabu lalu kepada 410 hari ini, dalam masa sehari.

Menurut media tempatan yang memetik para pegawai, pencemaran partikel halus (PM2.5) dan gas zon toksik tinggi (03) turut mencatat bacaan sangat tinggi, dengan para pakar memberi amaran bahawa partikel itu boleh masuk jauh ke dalam paru-paru manusia dengan pendedahan kepada 03 boleh serta-merta mencetuskan masalah pernafasan.

Mereka juga memberi amaran ia akan memburukkan masalah penyakit berkaitan paru-paru seperti lelah dan bronkitis kronik dan memanaskan saluran pernafasan sehingga merosakkan paru-paru, bergantung kepada tahap pendedahan.

“Ozon dan PM2.5 secara bersama boleh mencetuskan kacau-bilau kepada kesihatan orang ramai. Mereka yang terdedah kepada pencemaran, walaupun dalam masa yang singkat boleh menghadapi masalah pernafasan,” kata Dr Sandeep Salvi yang juga ketua Yayasan Penyelidikan Dada di Pune.

Time of India memetik Dr Sandeep sebagai berkata pesakit lelah dan pulmonari obstruktif kronik (COPD) merupakan golongan berisiko tinggi.

Seorang sukarelawan India mengagihkan minuman jus manis kepada orang yang lalu-lalang di pinggir jalan Amritsar, 29 Mei. Haba panas terus mencengkam seluruh India dan pihak berkuasa menggesa hospital untuk merawat strok kepanasan sebagai penyakit kecemasan ketika angka kematian mencecah 1,800 hari ini, paling banyak mencatatkan kematian dalam lebih dua dekad. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA