Deli Bytes sedia hidangan bufet

Deli Bytes sedia hidangan bufet

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Restoran Deli Bytes dengan kerjasama Royal Brunei Recreational Club (RBRC) telah mengadakan promosi ‘Sungkai Ramadan’ yang telah bermula sejak 11 Jun lalu hingga penghujung bulan Ramadan ini, di Pool Terrace, RBRC.

‘Sungkai Ramadan’ tersebut menyediakan hidangan bufet dengan pelbagai jenis juadah seperti Ikan Barbeku, BBQ Beef Skewers, BBQ Chicken Skewers, Kari Laksa Lamee, Salted Egg Prawns/Crabs serta pelbagai hidangan masakan timur dan barat, pembuka selera dan pencuci mulut.

Selain itu, menurut pemilik restoran berkenaan, mereka yang melanggan di restoran berkenaan dengan kehadiran kira-kira 10 orang akan berhak untuk mendapatkan harga keahlian restoran berkenaan.

Deli Bytes menyediakan pelbagai jenis hidangan dalam tawaran bufetnya.
Deli Bytes menyediakan pelbagai jenis hidangan dalam tawaran bufetnya.

SONY DSC

ARTIKEL YANG SAMA