Delima dapat hilangkan tekanan perasaan

Delima dapat hilangkan tekanan perasaan

RASANYA manis dan berjus membuatkan buah delima menjadi pilihan ramai untuk menghilangkan rasa dahaga.

Kehebatan buah delima bukan setakat sedap diminum tetapi ia popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan.

Delima atau pomegranate mengandungi antioksidan unik dan berkuasa yang dikenali sebagai punicalagin.

Malah jus buah delima juga dikatakan memiliki kandungan antioksidan paling banyak dari jus anggur, jus kranberi, teh hijau atau jus acai.

Buah delima adalah buah yang berkuasa dan hebat yang tinggi dengan vitamin C, kalium, sumber terabit serat dan rendah dengan kalori.

Vitamin C yang terdapat di dalam buah delima dikatakan berguna untuk membantu dalam menghasilkan kolagen untuk kulit sihat.
Vitamin C yang terdapat di dalam buah delima dikatakan berguna untuk membantu dalam menghasilkan kolagen untuk kulit sihat.
Meminum jus buah delima boleh merendahkan tahap kortisol, hormon tekanan yang meningkat dalam situasi yang memberi tekanan.
Meminum jus buah delima boleh merendahkan tahap kortisol, hormon tekanan yang meningkat dalam situasi yang memberi tekanan.

Ia juga dijadikan sebagai jus yang tinggi dengan tiga jenis polifenol, sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi.

Tiga jenis polifenol ini ialah asid tannin, antisianin dan ellagik.

Buah delima memiliki kesan antikeradangan yang boleh melindungi diri daripada menentang kanser dan penyakit kronik yang lain.

Ia juga dikatakan memiliki sifat-sifat antionkogenik yang bermakna ia boleh membantu untuk mencegah tumor yang sedang membesar untuk mendapatkan bekalan darah, mencegah tumor tersebut daripada menerima zat yang membenarkan ia bertambah besar.

Dikatakan juga buah delima adalah antara buah yang mengandungi perencat semula jadi aromatse yang bermakna ia boleh menghalang penghasilan estrogen dan cara ini dikatakan boleh mengurangkan kanser payudara.

Fitokimia buah delima dikatakan memiliki sifat-sifat yang mengurangkan tekanan darah. Malah fitokimia yang terdapat di dalam buah delima juga mampu untuk mengurangkan pengoksidan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL).

Buah delima dikatakan mampu untuk membantu sistem tubuh bagi mengeluarkan enzim dengan sifat-sifat antibakteria yang boleh membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit daripada makanan yang dimakan.

Di samping itu, buah delima juga mengandungi niasin, asid folik, kalium, kalsium, vitamin C, zat besi dan serat yang tinggi.

Dengan kadar khasiat yang tinggi ini buah delima dikatakan mampu untuk mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan baik untuk perkembangan anak damit.

m10-b_14112016

Buah delima memiliki kesan anti keradangan yang boleh melindungi diri untuk menentang kanser.
Buah delima memiliki kesan anti keradangan yang boleh melindungi diri untuk menentang kanser.

Vitamin C yang terdapat di dalam buah delima dikatakan berguna untuk membantu dalam menghasilkan kolagen untuk kulit sihat.

Minyak yang diekstrak dari buah delima juga boleh disapu pada tubuh. Zat antioksidan yang terdapat di dalam buah ini dikatakan akan melindungi kulit daripada pencemaran serta mencegah penuaan.

Selain daripada itu, buah delima juga dikatakan akan meremajakan sel kulit, menghilangkan sel-sel mati dan kulit kusam sehingga membuatkan kulit menjadi sihat dan bersinar.

Buah delima juga dikatakan hebat dalam melawan lemak sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada saluran pencernaan.

Ini akan memberikan badan anda kurang peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisme badan meningkat.

Setelah makan atau minum buah delima dikatakan badan akan berasa lebih ringan kerana bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan untuk membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Sekiranya anda berasa tertekan, minumlah jus buah delima kerana dikatakan bagi mereka yang meminum jus buah delima boleh merendahkan tahap kortisol, hormon tekanan yang meningkat dalam situasi yang memberi tekanan.

ARTIKEL YANG SAMA