Dell akan labur $125 juta di China

Dell akan labur $125 juta di China

TAIPEI, 10 Sept – Pengeluar komputer Dell Inc akan melabur $125 bilion di China dalam tempoh lima tahun akan datang, kata ketua eksekutif hari ini, tatkala syarikat terus berkembang dalam ekonomi kedua terbesar di dunia.

Pengeluar komputer peribadi ketiga terbesar dunia itu berkata pelaburan tersebut akan menyumbang kira-kira $175 bilion kepada import dan eksport, mengekal lebih daripada satu juta pekerjaan di China.

“Internet merupakan enjin baru untuk pertumbuhan ekonomi masa depan China dan mempunyai potensi tidak terbatas,” tulis Ketua Eksekutif Michael Dell dalam satu kenyataan.

“Dell akan menggunakan prinsip “Di China, untuk China” dan menyepadukan strategi Dell China dengan dasar negara,” kata Dell, menambah syarikat akan terus mengembang penyelidikan dan pembangunannya di China.

Dell mengumumkan pada 2010 ia merancang membelanjakan $250 bilion ke atas pemerolehan dan pelaburan lain dalam tempoh 10 tahun akan datang di China, pasaran kedua terbesar di luar Amerika Syarikat.

Masih tidak jelas sama ada $125 bilion adalah sebahagian daripada pelaburan tersebut.

Pejabat Dell China tidak memberi jawapan kepada satu permintaan untuk memberi komen. Dell telah berada di China selama dua dekad dan, sebelum ia diswastakan pada 2013, melihat jualan tahunan di negara berjumlah kira-kira $5 bilion.

Pada Januari, ia mengumumkan perkongsian dengan China Electronics Corporation dan kerajaan perbandaran Guiyang.

Marius Haas, presiden penyelesaian perusahaan Dell, memberitahu Reuters dalam satu temu bual selepas gabungan tersebut bahawa perkongsian merupakan cara untuk beroperasi di China dan syarikat telah menjadi lebih agresif dengan strategi berkenaan.

Dell menduduki tempat ketiga dalam penyerahan PC global dalam suku kedua selepas Lenovo Group Ltd dan Hewlett-Packard Co, menurut firma penyelidikan International Data Corp. – Reuters