Dell perkenal produk terbaru

Dell perkenal produk terbaru

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Netcom Computer House selaku pengedar sah produk jenama Dell, telah mengadakan Jerayawara Dell yang diadakan buat kali kedua, bermula hari ini hingga 31 Januari di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas, di sini.

Jerayawara yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu menampilkan barisan produk Dell seperti Pemproses Intel Core generasi ke-6 dengan pemasangan terus Windows 10.

Juga boleh didapati pada jerayawara tersebut ialah Dell Inspiron 11 (3158) dengan pemproses i3 6100 untuk siri GO yang boleh dilipat menjadi tablet.

Selain itu, siri All-in-One Family: Dell 23 AIO Desktop dan barisan monitor siri 2016 terbaru yang boleh didapati termasuk siri Entry, Professional, Studio dan Ultrasharp.

Antara produk Dell yang ditawarkan pada jerayawara tiga hari itu.
Antara produk Dell yang ditawarkan pada jerayawara tiga hari itu.

Begitu juga dengan Dell 27” SE2716H Curved Monitor dengan LED yang boleh memberikan pengalaman menyeluruh dengan reka bentuk elegan bezel nipis serta suara yang menakjubkan.

Di samping itu, jerayawara turut mengetengahkan peranti dan aksesori terbaru seperti HDD portable Dell 1TB USB3.0 yang menampilkan rekaan terbaru, barisan siri beg Dell, tetikus berwayar dan tanpa wayar, stesen docking dan banyak lagi.

Jerayawara tersebut bertujuan untuk mempamerkan model-model terbaru produk Dell di pasaran Brunei bagi tahun 2016 yang kebanyakannya menampung keperluan pelajar, keluarga dan penggunaan persendirian.

Sebagai tambahan, setiap pembelian notebook atau desktop, para pelanggan layak untuk mendapatkan promosi pembelian dengan pembelian Microsoft Office 2016 rumah dan pelajar (1 pengguna) pada harga $139.

Pemegang Kad Kredit Visa/Master Baiduri juga boleh mendapatkan diskaun tambahan lima peratus bagi beberapa barangan Dell terpilih semasa jerayawara tersebut.

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran sepanjang jerayawara tersebut bolehlah menghubungi Netcom cawangan Times Square di talian 2339967.

ARTIKEL YANG SAMA