Delph mula beraksi untuk City, Dzeko pergi

Delph mula beraksi untuk City, Dzeko pergi

MELBOURNE, 24 Julai – Fabian Delph yang baru sahaja menandatangani kontrak, akan beraksi untuk Manchester City dalam aksi pra musim menentang Real Madrid di Melbourne, hari ini manakala Edin Dzeko mungkin akan meninggalkan pasukan itu, menurut pengurus Manuel Pellegrini semalam.

Delph dijangka beraksi bersama Raheem Sterling menentang jaguh 10 kali Piala Juara-Juara Antarabangsa dalam final di Melbourne Cricket Ground.

“Kami menghampiri permulaan Liga Perdana, dengan itu saya berpendapat para pemain senior akan mendapat lebih banyak ruang daripada permainan lalu dan saya berpendapat Delph akan terlibat sama,” Pellegrini memberitahu para pemberita.

Delph, pemain tengah England meninggalkan Aston Villa minggu ini dengan kontrak lima tahun bersama City. “Edin tidak beraksi dalam final kerana tidak jelas sama ada dia akan terus di sini atau tidak, tetapi dia masih bekerja di sini dengan keseluruhan skuad.”

Dzeko yang berasal dari Bosnia tidak beraksi apabila City menumpaskan AS Roma dari Itali dalam penentuan penalti di MCG Selasa lalu, dengan Pellegrini mengesahkan itu disebabkan rundingan perpindahan.

Delph ketika beraksi bersama City menentang Real Madrid di Melbourne hari ini. - Reuters
Delph ketika beraksi bersama City menentang Real Madrid di Melbourne hari ini. – Reuters

Pemain pertahanan penting, Yaya Toure berkata Manchester City mesti bercita-cita mendapatkan standard Real Madrid dan mereka akan berpeluang menentang pasukan gergasi Sepanyol itu di Melbourne.

Pemain Ivory itu berkata City telah memiliki pemangkin besar dengan adanya Sterling dan Delph di luar musim dan mereka ingin sekali pulih dengan cepat selepas menduduki tempat kedua di belakang Chelsea dalam mempertahankan gelaran yang telah mereka menangani dalam 2014.

“Sasaran yang perlu kami capai ialah tahap Real Madrid dan Barcelona. Kami telah menandatangani beberapa pemain hebat tahun ini – Sterling dan Delph – kami mengalu-alukan mereka dan kami berharap mereka akan memberikan kami pemangkin besar tahun ini,” katanya. – AFP