Delph pasrah Benteke pergi

Delph pasrah Benteke pergi

WATFORD, United Kingdom, 12 Jun (AFP) – Kapten Aston Villa Fabian Delph cukup memahami jika penyerang hangat di pasaran Christian Benteke memilih untuk meninggalkan kelab demi kebaikan dirinya, beliau berkata semalam.

Ketua Eksekutif Villa Tom Fox mendedahkan minggu ini bahawa kelab bercadang untuk menawarkan Benteke, 24, lanjutan kontrak selepas kontrak semasa tamat pada 2017 untuk menangkis pembeli yang berpotensi.

Tetapi dengan Liverpool antara kelab dilaporkan mengejar pemain antarabangsa Belgium yang juga penjaring 15 gol musim ini, Delph berkata ia akan menjadi sia-sia untuk menghalangnya jika dia memilih untuk pergi.

“Saya tidak akan cuba meyakinkan sesiapa untuk (kekal),” Delph memberitahu wartawan di hotel pasukan England di Watford, utara London, di mana mereka bersedia untuk aksi kelayakan Euro 2016 ke Slovenia.

“Semua orang berhak untuk membuat keputusan sendiri. Jika mereka mempunyai peluang untuk berhijrah demi kebaikan mereka sendiri, saya tidak boleh memberitahu mereka untuk tidak berbuat demikian.

“Jika mereka mahu melibatkan diri dengan kelab dan tinggal di sana, maka hari gembira juga ada di sana. Tetapi itu terpulang kepada individu itu sendiri.”

Delph, yang menandatangani kontrak baru empat setengah tahun pada Januari, menambah: “Ia akan memberikan kesan yang besar (jika Benteke pergi).

“Dia pemain hebat dan bertaraf dunia pada pendapat saya.

“Seorang kawan yang baik juga. Ia akan menjadi satu kehilangan besar. Beliau menjaringkan banyak gol.”

ARTIKEL YANG SAMA