Delta Airlines siasat kes pasangan Muslim diusir

Delta Airlines siasat kes pasangan Muslim diusir

CINCINNATI, 5 Ogos – Delta Airlines menyiasat dakwaan pasangan suami isteri Muslim dari Ohio yang diusir dari pesawat ketika penerbangan pulang dari Eropah selepas tidak disenangi seorang kakitangan syarikat kerana penampilan mereka.

Kenyataan Delta menjelaskan syarikat berkenaan akan mengembalikan kepada pasangan itu tambang bagi penerbangan pada 26 Julai lalu dari Paris ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cincinnati-Nothern Kentucky.

Majlis Perhubungan Amerika-Islam Cincinnati, mendakwa Delta mengusir pasangan itu kerana seorang kakitangan syarikat tidak selesa dengan mereka berada dalam pesawat berkenaan.

Faisal dan Nazia Ali ialah warga Amerika Syarikat yang berasal dari Pakistan. Mereka kembali ke negara itu selepas melancong ke London dan Paris bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka ke-10.

Pasangan itu menaiki penerbangan pulang ke Amerika sehari kemudian. – AP

ARTIKEL YANG SAMA