Demi kelestarian hutan

Demi kelestarian hutan

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Dalam usaha mendukung kelestarian hutan di kepulauan Borneo, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dengan kerjasama pihak swasta, menerbitkan buku bertajuk Orchids of Brunei.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan melancarkan buku itu yang berlangsung di majlis di Bangunan Baru ISB, Sungai Hanching hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti PJDSMDSU (Dr.) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri; Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Pengiran Ayup bin Pengiran Haji Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Heart of Borneo, Awang Mahmud Yussof yang juga selaku Ketua Penyelidikan Biodiversiti dan Inovasi di Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama.

Keberangkatan tiba YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
Keberangkatan tiba YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan buku Orchids of Brunei.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan buku Orchids of Brunei.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menandatangani buku ‘Orchids of Brunei’.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menandatangani buku ‘Orchids of Brunei’.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar ramai.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar ramai.
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel turut berkenan berangkat ke majlis pelancaran buku ‘Orchids of Brunei’.
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel turut berkenan berangkat ke majlis pelancaran buku ‘Orchids of Brunei’.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim juga berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim juga berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Dr. Steven Geraghty memperlihatkan muka depan buku tersebut.
Dr. Steven Geraghty memperlihatkan muka depan buku tersebut.
Buku ‘Orchids of Brunei’.
Buku ‘Orchids of Brunei’.

Pengetua ISB, Dr. Steven Geraghty semasa berucap pada majlis pelancaran, menjelaskan penerbitan buku itu dihasratkan dapat menyokong perlindungan dan pemuliharaan alam semula jadi yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Heart of Borneo.

Menurutnya lagi, ISB merupakan salah sebuah sekolah di Borneo yang terpilih menerima Anugerah ECO Singapura yang berprestij, satu anugerah tanda aras hijau kerana ISB menampilkan rekaan dan operasi sekolah yang mementingkan pemuliharaan alam semula jadi.

Dengan anugerah itu, beliau berharap ia akan meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar ISB tentang isu-isu kelestarian dan aspek melindungi alam sekitar.

Buku Orchids of Brunei merupakan karya Dr. Idris M Said yang merupakan salah sebuah buku penerbitan bersama ISB dan Heart of Borneo bagi memperkenalkan orkid liar Brunei. Ia mengandungi dokumentasi spesies orkid liar di negara ini, termasuklah rekaan hiasan bunga orkid, petikan terkenal dan foto-foto menarik. Ia boleh didapati di kedai buku Nollybooks, Best Eastern, Booker International dan Kedai Buku ISB dengan harga $40.

ARTIKEL YANG SAMA