Demi Leicester

Demi Leicester

WELLINGTON, 27 April – Leicester City begitu pantas menempa nama dan mula menjadi sebutan peminat bola sepak di seluruh dunia termasuk Rod de Lisle – peminat mereka dari kawasan dunia paling terpencil di New Zealand.

De Lisle menaruh kepercayaan dengan Foxes dari jarak 18,500 kilometer selama lebih daripada 40 tahun dan terus terang mengakui jangkaan mereka terhadap pasukan itu sebelum ini amat rendah.

Tetapi musim ini bukan seperti musim lain untuk Leicester, dan de Lisle masih mencubit dirinya entah-entah beliau mungkin bermimpi melihat The Foxes di ambang kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dan bakal merangkul salah satu piala yang menjadi rebutan dalam sukan paling diminati di dunia.

“Luar biasa … kami teruja untuk mengelakkan penyingkiran musim lalu jadi ini telah menjadi satu perjalanan yang sukar dipercayai,” katanya.

Leicester membuka kempen sebagai orang luar tetapi sekarang di puncak kemenangan terima kasih kepada penyerang Vardy dan rakan sepasukannya, yang kurang dikenali di luar Stadium King Power sebelum musim bermula.

Ranieri (tiga kiri) meraikan kejayaan Leicester menewaskan Swansea pada 24 April lalu. The Foxes mula menjadi sebutan selepas mengharungi musim dengan bergaya. Sebelum ini nama Leicester begitu asing bagi peminat bola sepak, tetapi sekarang nama Ranieri dan para pemainnya mula terkenal di luar Stadium King Power. – AP
Ranieri (tiga kiri) meraikan kejayaan Leicester menewaskan Swansea pada 24 April lalu. The Foxes mula menjadi sebutan selepas mengharungi musim dengan bergaya. Sebelum ini nama Leicester begitu asing bagi peminat bola sepak, tetapi sekarang nama Ranieri dan para pemainnya mula terkenal di luar Stadium King Power. – AP

p20-2_20160428

Peminat Leicester yang paling terpencil, Rod de Lisle bergambar di Hamilton kelmarin. De Lisle akan pergi ke England untuk menyaksikan Leicester menentang Manchester United, 1 Mei ini. – AFP
Peminat Leicester yang paling terpencil, Rod de Lisle bergambar di Hamilton kelmarin. De Lisle akan pergi ke England untuk menyaksikan Leicester menentang Manchester United, 1 Mei ini. – AFP

De Lisle pergi ke England untuk menyaksikan dua perlawanan terakhir musim ini dengan Leicester, tujuh mata di depan dengan baki tiga perlawanan, akan merangkul kejuaraan jika menewaskan Manchester United Ahad ini. Tetapi peminat lama yang banyak menderita tetap berwaspada dan enggan riak untuk meraikan kejayaan sebelum tiba masanya.

“Kesilapan masih boleh berlaku dan kemudian anda akan katakan ia musim biasa bagi Leicester,” katanya. “Anda perlu mengikuti pasukan seperti Leicester dengan pelbagai lelucon walaupun sangat menyedihkan jika mereka tidak memenanginya.”

Peminat bola sepak agak jarang kedapatan di New Zealand yang gila ragbi dan kalau ada pun, mereka lebih cenderung untuk menyokong kelab gergasi Liga Perdana yang sudah berjaya seperti Manchester United, Arsenal atau Liverpool.

Sebagai peminat Kiwi Leicester, de Lisle mengakui melalui jalan yang sunyi sehingga membawa gurauan membandingkan dirinya kadang-kadang berasa seperti seorang gay di kampung dengan merujuk kepada rancangan komedi ‘Little Britain’ watak Daffyd Thomas.

“Sebaik sahaja kami mula meraih beberapa kejayaan, beberapa penyokong Leicester yang lain mula muncul,” katanya.

“Kami masih sedikit, jauh dan tidak mempunyai kelab penyokong Leicester cawangan New Zealand. Jika dapat berbuat demikian sekali pun, kami hanya bertemu dalam telefon.”

Lelaki berusia 55 tahun itu berasal dari pedalaman Tokoroa di North Island yang membesar dengan sensasi bintang ragbi seperti Richard Kahui, Keven Mealamu dan Wallaby Quade Cooper.

“Tokoroa adalah sebuah bandar ragbi yang sangat kuat tetapi dalam tahun-tahun saya di sekolah atas sebab tertentu, kami memilih bola sepak. Agak ganjil saya rasa,” kata beliau.

“Saya terpaksa memilih satu pasukan dan suatu hari pada tahun 1974, kami menonton Leicester menentang Liverpool pada TV hitam putih dan saya memutuskan untuk memilih Leicester kerana saya fikir bunyinya lebih menarik.”

Beliau berkata, peminat Kiwi pada masa itu hanya sekali-sekala menyaksikan perlawanan di kaca TV dan terpaksa memburu salinan lama tiga bulan majalah ‘Shoot’ yang dihantar melalui jalan laut dari Britain.

“Sekarang dunia semakin kecil. Sebagai peminat Leicester anda menjadi sebahagian daripada komuniti dalam talian,” katanya. “Saya boleh menonton perlawanan dari iPad saya pada awal pagi dan menyertai forum peminat. Anda berasa sebahagian daripadanya.”

De Lisle sudah menyaksikan kira-kira 10 perlawanan Leicester dan mendapati ramai kawan tinggal bersama peminat lain di bandar Midlands, yang menurut beliau telah tertipu dengan idea penyokong Kiwi.

“Bagaimanapun, ia tetap menjadi suasana keluarga kelab yang meriah,” katanya. “Saya menyaksikan Man United di Old Trafford sekali dan ia seperti menghampiri dinding Mordor. Dengan tempat berdiri berwarna hitam yang besar, anda tidak berasa seperti dialu-alukan sama sekali.”

Pertemuan glamour menentang pasukan seperti Barcelona dan Paris Saint-Germain akan berlaku pada Liga Juara-Juara musim depan walaupun Leicester tidak menang Liga Perdana. Tetapi de Lisle tidak boleh menggoncang fatalisme kekecewaan yang ditanggung sejak beberapa dekad.

“Sebagai peminat jangka panjang, anda cenderung untuk berfikir tentang musim dengan baik dan urusan kembali seperti biasa dan kami akan berjuang untuk mengelakkan penyingkiran,” katanya.

“Walaupun anda mempunyai pemikiran seperti itu sebagai seorang peminat Leicester, saya tidak meletakkan jangkaan tinggi bahawa kami akan memberikan cabaran gelaran sekali lagi pada musim depan.”

Selepas Ranieri mengambil alih, kelab milik jutawan Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha itu menunjukkan peningkatan yang sukar dipercayai.

Kejayaan mereka mencetuskan perbandingan bajet dengan kelab-kelab besar, tetapi Ranieri menjawab rahsia terbesar Leicester ialah semua anggota skuad merasai seperti sebuah keluarga besar. – AFP